Rabu, 18 Mac 2015

Blueprint Sektor Perkhidmatan & Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan

Blueprint Sektor Perkhidmatan:

1. Jawatankuasa Khas Sektor Perkhidmatan telah ditubuhkan, yang dianggotai 12 menteri kabinet dan ketua-ketua agensi berkaitan, bagi menangani isu-isu merentasi bidang kuasa dan tanggungjawab kementerian dan agensi.

2. Blueprint Sektor Perkhidmatan menggariskan beberapa perubahan merentasi sektor melalui empat dasar utama iaitu;

               i. Pengantarabangsaan firma-firma perkhidmatan.
               ii. Pengurusan insentif pelaburan yang berkesan.
               iii. Peningkatan pembangunan modal insan.
               iv. dan Pembaharuan tadbir urus sektoral yang bersepadu.

3. Sebanyak 29 pelan tindakan digariskan.

4. Blueprint itu mengenal pasti beberapa cabaran perlu ditangani iaitu:

               i. Kesukaran mendapatkan bakat dan ketidaksepadanan kemahiran antara graduan dan keperluan industri.
               ii. Akses yang terhad kepada Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (R&D&C), soft technology dan pembiayaan bagi syarikat-syarikat berintensif pengetahuan.
                iii. Karenah birokrasi dan persekitaran kawal selia yang tidak mesra perniagaan.
                iv. Penyedia perkhidmatan tempatan yang memberi tumpuan kepada pasaran domestik.

 


Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan:

1. lima hala tuju strategik dan 21 pelan tindakan yang dilaksana dalam tiga fasa dan dijangka menjana 146,000 pekerjaan baru, yang kebanyakannya berkemahiran tinggi menjelang 2020.

2. Lima hala tuju strategik itu:

i. Memperkukuhkan institusi dan kerangka peraturan.
ii. Menambah baik mekanisme fasilitasi perdagangan.
iii.Membangunkan infrastruktur dan permintaan fret.
iv.Memperkukuhkan teknologi dan pembangunan sumber manusia
v.Pengantarabangsaan perkhidmatan logistik.

3. Tiga fasa pelaksanaan pelan induk itu;

i. Fasa 1 (2015-2016): mengurai halangan dalam industri
ii. Fasa 2 (2016-2019): Merangsang perkembangan ekonomi domestik
iii.Fasa 3 (2020 dan seterusnya): Mengukuh kedudukan Malaysia di Rantau Asia.

4. Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan yang bakal ditubuhkan di bawah seliaan Menteri Pengangkutan akan memantau dan menyelaras pelaksanaan Pelan Induk serta menerajui pembangunan industri logistik dan fasilitasi perdagangan.

 

 

 

@MIN

 

Tiada ulasan: