Khamis, 25 September 2008

Forum CINTA

korang dh dengar ker???forum cinta..Dr Mashitah Ibrahim ngan Dr Fadzilah Kamsah??..best oooo..sesuai untuk sesiapa yang blum bertemu jodoh..

Black tak tgk lagi forum tu..rugi kan dia??..sesuai gak utk dia..

yang penting...segala2nya bermula dari hati..andaikata hati itu bersih..maka bersihlah seluruhnya..bagaimana rupa hati kita..it's reflect our body..so,keep your heart clean and 'suci'...

tak lama lagi nk raya dah...so,nk wish "SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN" untuk suma umat islam...sapa yang posa x penuh..x blh raya..hikhik..

till then, c u all after raya..may god bless u all..
salam...

seposen jer???

mengikut Pm yg tersayang..minyak turun arini..tp..kenapa seposen jer???musykil betoi...bila time nk naikkan harga..mendadak jer naik..mcm naik roket nk pi bulan..tp..bila nk turunkan harga minyak..hampeh!!..lmbt giler..lembab..sama cam internet kat USM nih..huhuhu..kalo lumba lari ngan siput sedut..kompom siput tu menang..kan??..:p

whatever it is..juz pray dat we can live happily ever after in our beloved country..MALAYSIA..

Khamis, 11 September 2008

buat you all

sorry la beb, gua x dpt nk online, banyak kerja sikit.. hahaha tp gua ada org yg baik hati tolong upadate gua punya blog ni, tq. bg yang dah kawen tahniah gua ucapkan. dah yang dah grad dr usm ogos '08 juga sekalung tahniah. cau lu beb.

Khamis, 31 Julai 2008

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.....


Ayah saya baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang saya tulis
sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang,
untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan
mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.
Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....
pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...
dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka supaya mereka gembira.

Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.



Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah...di telinga kirinya...dan saya ketika itu mengucap ditelinga
kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih
terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....
sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh
abah
ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah
lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.


Sejam sebelum kematian .....
sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005.
Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan.
Waktu tu abah dah sihat...dah selera makan.

Pastu...

abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah
dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah
ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer.

Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.
Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan
saya,
sebaliknya buat sijil kematian abah.


Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah
masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring.
Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.


Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali...........
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.


saya memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan.

Ketika ditutup muka abah, saya mencium dahi....pipi kanan....

pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati saya ingin terus mencium lagi...


saya membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah
ciuman terakhir. Semasa kecilu saya selalu cium abah.Tetapi apabila dah
besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...

saya dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya.
hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.


Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya
kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.


Selaku seorang anak.....saya tahu bagaimana kasih seorang abah.
Abah seorang pendiam...... sabar.. dan alim....
Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.


saya selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada
abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan
abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan
emak...yang sentiasa berterus terang....
seringkali tidur di peha.


Kelmarin,

saya baca diari abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya.
Semuanya berkisar tentang anak-anaknya ..saya sendiri tak ingat bila
saya beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6.....

abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu
jam 1.00 pagi saya telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah
catat
berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok.
dll.......Abah catat Kak Se keguguran.....

Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua
bila baca dairi tue....


Abah sayang anaknya.....
tak pernah tunjuk...
sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga
dengan orang
lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya
sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup selalu cakap
pasal
anaknye.
Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, saya masih terkilan sebab aku salu
fikir...
saya...bukan anak yang baik.


Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta,
rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah
subuh abah
yang terbaru.....
catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat
kubur" ....

abah gariskan perkataan ingat kubur....
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk
meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api
neraka.
Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...
bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.

Kini semuanya tiada.


YaALLAH....

saya tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa
Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi

abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya...
abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang
baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan
untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.


Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek...
pastu ditanam...
tanahnya masih penuh kat tepi....
terlebih tandanya seorang yang pemurah....
sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih
tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...


perkara itulah menyedapkan hati kami....
untuk jadi seperti abah....


Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....
saya memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku
bendahari.
Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....


"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........



Ini semua membuat saya rasa terpanggil untuk kembali ke kampung
walau kerja apa sekali pun....


YaAllah...

sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada saya ....
Talkin buat abah masih segar...

"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu
bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

dan,

kita yang hidup akan pergi juga....

Lelaki berat tanggungjawabnya....

suami menanggung dosa isteri dan anak-anak....

isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

saya kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja
setelah terlupa dgn nikmat Allah..
Mak juga seorang yang solehah....
saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al
-Mizan..


Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....
tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri
takut tak tenang hati teringat abah.


Inilah perasaan saya sekarang. Buat korang yang masih ada....
jadikan iktibar.....
Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.


Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan....

TWO RIVERS-SUBHANALLAH-(MUST SEE)



Above is the Photos of the two rivers flowing in southern part near Cape Town , South Africa . These rivers flow together and there nature came to know in the starting of 20th century where as ALLAH (SWT)mentioned the nature of these two rivers in Holy Quran around 1400years Back. These two river flow together and finally settle down in the Ocean,taste of one river is extremely sweet whereas the taste of another river is extremely opposite (that is bitter) but they never mix.There is nothing in between these rivers which stops them from mixing together but its is the will & order of ALLAH (SWT)

kEpAdA waRga BadLishAh yG laHir tahuN 1987...

salam...my all dear fwens....
c-hat kot no..
apa ceta skunk??
kt nk wat reunion kan?
so,korg msuk la web ni...
pnat cik mis kiwi wat diskusi...
hope u all can take attention..
reunion is good wat...
hehehehe
if no money..
cik aini will support..
but ask her first..
hihihi...
till then..
msuk web ni tau..
http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&th=2085382&start=0&

xpun..we can discuss at this blog...
ok...
c u all

best regard..from :zarina

cOmE n jOin mE.....

hi u alls......
how r u 2day....
actually i'm not black..
but i'm his "TEMAN TAPI MESRA"...
hehehehe
im juz using his blog 2 promote my MLM..
did u all have heard bout MLM?
im actually no really noe bout dat..
but im an ELKEN member....
have u heard bout ELKEN??
as far as i noe..
u can make a lot of money from it..
ELKEN something like AVON la...
tp brg2 dia agak expensive...
after you become a member n u succeed to sell their product n achieved at
1 level...u can become a MANAGER
by being a manager u can get salary n product voucher..
their product really good...
doesn't contain chemicals n negative side effect..
if u want 2 noe more bout this...
juz email me at aminina0205@yahoo.com

hope u will be the next MANAGER...
c u soon..
till then...bubbye...

SEARCHING FOR A JOB :P

Emmm...hi folks..how are you all 2day??.hope great..
like at the title...
actually i juz wanna know..
what is the easiest n fastest way 2 look 4 a job??
as we all know..
many students will be graduating at 13 to 17 august 2008 (4 usm)..
so,anybody dat visited my blog can give suggestion...
leave ur comment k..
hope 2 hear from u all soon....
until then..
c u....

Khamis, 19 Jun 2008

diet ikut jenis darah

Fakta Diet

untuk darah jenis A
Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.


Diet untuk darah jenis B
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.



Diet golongan darah jenis AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.



Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Isnin, 2 Jun 2008

kisah ku 2.0

kisah hidupku bermula pada waktu subuh hari selasa 5 julai 1983, di besarkan di sebuah rumah kecik sebesar rumah simpanan padi (baluh) berbekalkan air telaga dan pelita ayam, namun kini rumah kelahiran ku itu tiada lagi. sewaktu kecil aku memiliki sifat yang nakal, tidak boleh melawat di rumah jiran-jiran, kerana aku tidak suka duduk di rumah orang. ketika ma(ibuku) bercakap setiap kali itu aku akan menutup mulut nya suapaya tidak bercakap. entah lah kenapa aku bersikap sedemikian.


bersambung.....

Isnin, 26 Mei 2008

kisah ku

aku terpanggil untuk menceritakan kisah hidup ku atas desakan istimewa dari buah hati pengarang jantungku,

kisah bermula semasa aku berumur (lupa) tp masa sekolah rendah la


jap2

aku nak bahagikan cerita ini kepada 3 episod yang berlainan

1-episod cinta
2-episod family
3-episod diri ini.

to be continew

Sabtu, 24 Mei 2008

klik untuk duit

http://www.cash88.com/pages/confirm.php?refid=maams83

Khamis, 24 April 2008

kadang-kadang (khas untuk mu, insan sepi)

kadang-kadang kita rasa diri kita ini sendirian,
kadang-kadang kita rasa diri kita tak berharga,
kadang-kadang kita rasa hidup kita tak ada maknanya,
kadang-kadang kita rasa kita tak punya apa-apa,
kadang-kadang kita rasa kita banyak kelemahan,
kadang-kadang kita rasa kita hina,
kadang-kadang kita rasa kita tak sempurna untuk insan yang kita sayang,
kadang-kadang kita rasa kita tak layak untuk bersamanya,
kadang-kadang kita rasa kita tak punya apa,

namun,
sebenarnya,
akhirnya,
kita tahu siapa diri kita,
setiap pengorbanan yang sejati tidak perlukan balasan.

masa yang menentukan....

Sabtu, 19 April 2008

tahniah buat rizal atas pertunangan

tahniah, semoga berbahagia sampai ke syurga.

Rabu, 16 April 2008

takziah, buat Faris bin ishak

sahabat, Lt.M mohd faris ishak telah kehilngan ayahdanya yg tersayayang pada jam 152040H april 2008. moga roh nya di tempatkan dikalangan org-org yg soleh.
tabahkan hati.

Ahad, 13 April 2008

Ujian cekap

Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu
soalan bonus. Anda perlu menjawab
dengan pantas. Anda tidak boleh
mengambil masa, perlu menjawabnya
segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas
dan hebatnya diri anda.....



Ready? GO!!! (lihat bawah)






Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda
mengejar dan memotong orang yang
kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke
berapa?





~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Jawapan: Jika jawapan anda tempat
yang pertama, sudah tentu jawapan anda
salah! Jika anda memotong orang kedua
sudah tentu anda mengambil tempatnya,
tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk
soalan seterus. Sekarang jawab soalan
kedua, tetapi jangan ambil terlalu
banyak masa seperti soalan pertama
OK ?

Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang
terakhir, jadi anda di tempat...?
(lihat bawah)



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Jawapan: Jika jawapan anda tempat
kedua terakhir, anda salah lagi..
siapakah yang terakhir, bagaimana anda
boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdek, tidak
begitu rupanya.?






Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat!
Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa
menggunakan fikiran sahaja . Jangan
guna kertas dan pensil atau mesen kira-
kira. Cuba lah...



Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang
campur lagi 1000. Campur lagi 30 ....
Campur lagi 1000 . Campur lagi 20...
Campur lagi 1000 . Campur lagi 10...
Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..









~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen
kira-kira.! Mungkin ini bukan hari
anda kan ? Mungkin anda boleh jawab
soalan yang akhir ini dengan
betul .... Cuba .



Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak
gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4.
Nono. Apakah nama anak gadisnya yang
terakhir?







~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah
tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk
membeli sebatang berus gigi. Dengan
mengayakan lakunan memberus gigi ia
berjaya menerangkan hasratnya kepada
pekedai dan ia berjaya membeli berus
gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-
market, untuk membeli cermin mata
hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada
pekedai itu hasratnya. ...?








~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~




Dia hanya membuka mulutnya dan
menyebut apa yang dihajati
Mudah sahaja.


HANTARKAN KEPADA BIJAK PANDAI YANG
LAIN ATAU KEPADA YANG MERASaKAN DIRI
MEREKA BIJAK.

Selamat bergembira.. ... bye.

Jumaat, 11 April 2008

PLANET MARIKH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK

MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN, BELIAU BACAKAN ARTIKEL TTG FAKTA BAHAWA
PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN
TERBALIK
PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS.
INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA
AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA. MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI
AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT.
PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DITUTUP.
KATA PARA ASTRONOMI PLANET, BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA.
MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DIHENTIKAN
PENYEBARANNYA OLEH
'NASA' KERANA IA MENGUNTUNGKAN UMAT ISLAM.
AMBILLAH PERANAN..[istighfar
jom..] wallahulam

Bila wanita menjaga aurat

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.


Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.


Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.


Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.


Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.


Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.


Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.


Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.


Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.


Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Selamat beramal..

fakta babi:

Semua bangsa di seluruh dunia dari dahulu hinggalah sekarang menganggap babi/ khinzir sebagai BINATANG YANG PALING HINA lagi menjijikkan. Buktinya, apabila seorang lelaki di Eropah berasa amat marah atau benci kepada seseorang, DIA AKAN MEMAKI “Babi!”. Seorang ibu di negara China dengan niat menghina atau memburuk-burukkan seseorang, dia akan memaki ‘Babi!”. Begitu juga seorang anak kecil di India yang menaruh dendam dan sehabis benci dengan orang lain akan memaki ‘Babi!”. Mengapa tidak dikatakan saja kuda, unta, tikus, arnab dan lain-lain?

Maksudnya di sini, telah ada satu kepercayaan turun-temurun di seluruh dunia yang babi adalah binatang paling hina lagi menjijikkan. Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan mulia di sisi Allah. Dengan sebab itu jugalah ORANG-ORANG YANG MULIA TIDAK akan MEMAKAN binatang atau DAGING YANG paling HINA lagi menjijikkan.

Babi juga merupakan BINATANG YANG PALING KOTOR dan menjadi AGEN KEPADA BANYAK JENIS KUMAN DAN PENYAKIT. Babilah pembawa CACING PITA yang BOLEH MENGAKIBATKAN MAUT itu. Dr. Yoshihiro Kawaoka menjadi pemimpin sekumpulan 12 orang saintis dari Universiti Wisconsin telah menjalankan penyelidikan terhadap babi. Dan hasilnya, terdapat satu sistem di KERONGKONG BABI yang membolehkan PELBAGAI VIRUS BERKUMPUL di dalamnya, dan ia amat berbahaya kepada manusia. Mereka mengisytiharkan babi sebagai “mixing vessel” atau pun “BAHTERA TAKUNGAN KUMAN-KUMAN” sebagaimana yang dinyatakan dalam ‘Journal of Virology 1997’.

Babi TIDAK ADA LEHER untuk disembelih sebagaimana haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu tidak disembelih, darah dan kuman di dalam badannya tidak dapat dikeluarkan. Bagi Islam, darah adalah najis. Mungkin ini jugalah yang menyebabkan berkumpulnya virus di leher babi sebagaimana pendapat para saintis.

Babi dipercayai berkait rapat dengan Iblis. Ini merupakan kepercayaan kuno yang tidak mustahil ada kebenarannya. Kita ambillah kisahnya sebagai menambah pengetahuan saja. Sewaktu seluruh dunia di tenggelami banjir, Iblis turut berada dalam bahtera Nabi Nuh tersebut. Oleh kerana terlalu lama di atas bahtera, segala kotoran haiwan, manusia dan sampah sarap bersepah di sana-sini. Nabi Nuh minta pertolongan Tuhan untuk membersihkannya lalu Tuhan menyuruh dia mengusap kepala gajah dan terciptalah tikus yang memakan semua kotoran tersebut. Iblis turut berbuat demikian lalu terciptalah pula babi. Maka babi TERCIPTA HASIL KERJA TANGAN IBLIS.

Jika kita membaca BIBLE The New Testament- kitab suci orang Kristian, kita akan dapati peristiwa di mana Jesus (Nabi Isa) telah mengusir roh-roh jahat dari dalam tubuh manusia lalu dimasukkan ke dalam tubuh babi-babi. Ini secara simboliknya bertujuan menunjukkan pengharaman babi.

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts yang juga seorang Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan bahawa terdapat PELBAGAI JENIS PENYAKIT yang boleh di jangkiti daripada babi seperti:

• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis

Kajian oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara PENYAKIT-PENYAKIT ini ada yang BOLEH MEMBAWA MAUT, contohnya leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

TOKOH-TOKOH PERUBATAN CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkahsiat MELAINKAN DAGING BABI.”

Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.”
Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.”

Kesimpulannya, tabib-tabib termasyhur dari negara China juga mempunyi pendapat yang sama dengan Islam.

Antara 20 KE 40 JUTA MANUSIA seluruh dunia MAUT akibat jangkitan virus INFLUENZApada awal kurun ke-20. Kajian menunjukkan virus baru ini BERPUNCA DARIPADA BABI-BABI DI AMERIKA. Ia telah menjangkiti askar-askar Amerika dalam Perang Dunia 1 dan kemudiannya dibawa bersama mereka ke negara-negara lain.
Antara VIRUS BARU berpunca daripada babi yang ditemui sejak tahun 1997 ialah kuman Porcine Torovirus, Porcine Rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus), H3N2 Swine Flu Virus dan virus menangle. Alangkah berbahayanya babi kepada umat manusia. Spanish flu 1918, Asian flu 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu 1997 yang mengrobankan banyak jiwa adalah berpunca daripada babi.

Yang hebatnya, VIRUS DARIPADA BABI agak CANGGIH. Ia SENTIASA BERUBAH BENTUK dan menyerang dalam bentuk yang baru. Sistem pertahanan badan manusia tidak dapat melawan serangan virus-virus yang cerdik ini. Ada juga virus daripada keluarga HIV pada babi. Virus ini dibawa oleh DNAnya dan tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, pakar virologi Institut Kajian Kanser London mengatakan, " Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi memiliki kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV."


Ringkasan jawapan kenapa kami umat islam diharamkan memakan babi:

Sebab utama adalah ia adalah dilarang oleh Tuhan kami. Kami wajib mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Kami yakin setiap ketetapan yang Allah tetapkan pasti ada kebaikan untuk kami.

'Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang
disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh,
yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu
menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala.
Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib
dengan anak panah itu ) adalah kefasikan.
[QS:5:3]

Kami juga tidak memakan babi kerana sebab-sebab kemuliaan, agama dan kesihatan.

Sekadar itu bantuan daripada saya yang dhaif. Semoga bermanfaat.

lawak-lawak jugak tapi jangan menghina MALAYSIA

http://uncyclopedia.org/wiki/Malaysia

Khamis, 10 April 2008

wanita zaman sekarang?

kenapa wanita zaman sekarang tak de perasaan malu?
kenyataan ini ditujukan kepada wanita yang semakin hilang perasaan malunya tetapi ramai juga wanita yang baik, bukannya semua wanita tak tahu malu

asbab mengapa perkara ini terjadi, pada pemerhatian black hal ini terjadi adalah kerana wanita zaman moden hari ini tidak "berkhatan" bunyinya cukup malu tapi terpaksa dinyatakan,
berapa ramai wanita menyedari masalah ini, sepatutnya bukan lelaki sahaja berkhatan tetapi wanita jugak perlu.

mengikut sumber bidan kampung, wanita dikhatankan pada usia masih kecil, kira-kira mencapai umur 40 hari dari hari kelahiran. setahu black hanya bidan kampung yg khtankan kanak-kanak wanita, tetapiu di hospital sekarang ini tak ada program ini dijalankan.

sekadar renungan bersama.

BULAN KELAHIRAN ANDA, APRIL

sgt aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan
masalah org
sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu

Soalan UPSR

pinjam ayah rm25,pnjam mak rm25.total rm50.beli baju rm45 balance rm5.amik rm1 bayar ayah,amik rm1 bayar mak.balance rm3.hutang ayah jd rm24,hutang mak jdi rm24. rm24+rm24=rm48+balance rm3= rm51..dari mana datang lebih rm1?..haha

..jawab2

Selasa, 8 April 2008

Ahad, 6 April 2008

lawak je





rujukan: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyx2ZgJKKngHZYP71h1p0emQUoYGo2Z1Rr_9PwceH0iH6AdciKhlLW5oCySira0rChU3MKRQIZ55yGQJCpEvJPeu-ubvuq0LjjXX01A9lLCoYLK3MmbcY0poLmjg40VC4Tc62nEHXCPXk/s1600-h/image001bq0.jpg

Sabtu, 5 April 2008

puntianak USM nibong tebal


28 mac 2008
gambar ini dirakam sesama salah satu desa mengadakan latihan tarian sumazau(semangat padi)
bg mengadakan pertandingan antara desasiswa di usm.
aku telah buat penelitian namun tidak terdapat kesan edit pada gambar ini.


penampakan makhluk tuhan yg putih itu sedang menari sekali dengan penari wanita berkenaan yang memakai baju merah. daripada pendapat orang yang tahu pasal tarian ini, mereka mengatakan tarian ini diadakan untuk memuja semangat padi, mungkin sebab itu makhluk putih itu suka menari sekali (lawak sikit tetape cerita ini ada benar bukan rekaan)


sejara jelas nampak sedang menari



gambar ini kurang jelas, ini gambar yang ke 43 daripada sumua gambar


gambar ini kiriman seseorang kawan aku kat USM kejuruteraan

Rabu, 26 Mac 2008

tegas, adil, berhemah

PDRM menukarkan cogan kata pasukan mereka dengan cogan kata yang baru namun apa yang perlu di lakukan oleh ketua polis negara bukan lah sekadar cogan kata di ubah tetapi yang perli di ubah ialah sistem PDRM yang mementingkan sebelah pihak sahaja, dah PDRM seharusnya bekerja dengan jujur dah ikhlas untuk menjaga kepentingan rakyat bukannya kepentingan sesetengah golongan sahaja.

perlu di ingatkan bahawa PDRM di tugaskan menjaga keamanan dalam negara. PDRM juga seharusnya bebes dari terlibat dalam politik dan di pergunakan oleh orang perseorangan atau parti politik. PDRM juga perlu bersikap terbuka dan menjadikan agenda keselamat rakyat adalah agenda terpenting bg PDRM bukannya menghalang rakyat dari segenap segi seperti mutakir ini.

mesra, cekap, betul
mesra = kes guna peluru hidup di batu buruk
cekap = banyak kes melibatkan pemimpin negara tidak selesai.
betul = berat sebelah, ikut telunjuk dan lurus bendul demi wang(ketua polis negara)

tegas, adil, berhemah
tegas = untuk siapa?
adil = betul ke atau saja nak menaja cogan kata sahaja
berhemah= hemah ni mcm mana?

Sabtu, 22 Mac 2008

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI

Seorang professor fizik di Amerika
Syarikat telah membuat satu kajian
tentang kelebihan solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas
elektrik iatu cas positif dan cas
negatif. Dalam aktiviti harian kita sama
ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga
digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak
berlaku pertukaran cas positif
dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu
setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan
kesegaran tubuh ke tahap
normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda professor
ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemah dan mengapa solat lima
waktu yang didirikan orang Islam
mempunyai bilangan rakaat yang tidak
sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan
rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf,
bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa
solat
berjemaah itu mempunyai berbagai
kelebihan. Kajian sains mendapati
sentuhan yang berlaku antara tubuh kita
dengan tubuh ahli jemaah lain
yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas
yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku
apabila cas yang berlebihan -
sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam
tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita
bangun dari tidur, badan kita akan
merasa segar dan sihat setelah berehat
berapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif
yang hampir seimbang. Oleh itu,
kita hanya memerlukan sedikit lagi
proses pertukaran cas agar
keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab
itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja
kuat dan memerah otak semua cas
ini kembali tidak stabil akibat
kehilangan cas lebih banyak daripada
tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih
banyak pertukaran cas. Solat
jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan
cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat
Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses
pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di
sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi
kita kehilangan cas yang banyak. Seperti
mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan
memberikan ruang kepada proses
pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang
dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak
menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah
lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yng kurang berbanding 2 waktu
sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor
itu tentang solat Isyak yang
mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada
waktu malam kita tidak banyak
melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran
cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar
mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat
Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta
memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail) .

Rabu, 19 Mac 2008

salam maulid nabi SAW

selawat dan salam buat junjungan besar kita serta keluarga dan sahabat baginda.
moga kita semua selamat dunia akhirat.

dalam kesibukan, lupa segalanya

hari demi hari malaysia dilanda dengan kesibukkan pentadbiran, namun adakah rakyat malaysia lupa akan kes adik sharlinie dan kes V. K. lingam?
mana hilingnya berita ini, di tv dan semua media membisu tanpa apa-apa berita mengenainya. pihak berwajib masih tidak dapat menjejaki kes adik ini.

media hari ini dah menjadi tren meninbulkan suatu isu, setelah itu hilang, timbul isu yang baru, hilang, naik isu yang baru, hilang...

jalan penyelesaian tidak pernah di capai.

moga Tuhan membantu pejuang-pejuang agama.

Sabtu, 8 Mac 2008

selamat menunaukan fardu mengundi

semoga semua rakyat malaysia membuat pilihan yang tepat,

sebelum undi niat dlm hati " sahaja aku ikut BN, pangkah PAS, kerana KEADILAN"

selamat mengundi..

Jumaat, 7 Mac 2008

peringataan kepada penggundi yang diguna-gunakan oleh BN

anda masing-masing di anugerahkan otak dan akal untuk berfikir secara waras, jangan hanya kerana tamakan duit maruah anda tergadai. bagi pengundi hantu sekalian, bapak segala hantu berpesan agar kamu semua wahai hantu-hantu sekalian mengundi parti islam. kelak kamu semua wahai hantu-hantu akan disayangi oleh hantu yang telah menjadi roh atas rahmat Ilahi.

hantu-hantu sekalian jangan lah kamu semua mengikuti jejak langkah syaitan.


vote for PAS.

from,
bapak hantu.

Isnin, 11 Februari 2008

Bila pelajar sains bercinta...

Di ambang sore nan hening.

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??


Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.


Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.


Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.


Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.


Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.


Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........

pastikan no peribadi anda

Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakannya dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya. Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh.

Nombor 1

LAMBANG keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

Nombor 2

NOMBOR ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi di bawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zamzam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan yang sesuai. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah... tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

Nombor 3

RAHSIA akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah! Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ni awet muda.

Nombor 4

NOMBOR ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tak mudah diganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insya-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

Nombor 5

SIMBOL kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelektual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

Nombor 6

HATI-HATI dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum berkahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

Nombor 7

INILAH nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulanginya 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

Nombor 8

ORANG Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya... kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8 jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

Nombor 9

NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang... walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

Nombor 10 atau 0

SIMBOL keabadian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang yang bernaung di bawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insya-Allah... tidak akan wujud penyesalan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.

Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya: 12-12-1969; 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 (3+1 = 4). Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.

Rabu, 6 Februari 2008

Haiwan dan zodiak

KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober

ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, 'hidup mesti ceria!' Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS
'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.

MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu.

rahsia cara makan

Bagaimana cara makan, begitulah cintanya " Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya." Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!