Selasa, 11 Mei 2010

Tiga Ekor Pontianak


Pada satu malam 3 ekor pontinak sedang bertenggek di atas pokok sambil
bergaduh tentang kehebatan masing-masing.Ketiga-tiga mengaku diri
mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun cuba membuktikan ke hebatan masing-masing.

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat.10 saat kemudian balik semula
ke pokok tersebut.Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi
Pontianak A.
Pontianak A : Korang nampak rumah tu
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 5 saat kemudian
balik semula ke pokok tersebeut.Kelihatan ada darah bukan setakat pada
gigi,malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Korang nampak kampung tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak
A dan B .Dalam masa 2 saat je dia kembali ke pokok tersebut.Kelihatan darah
mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut,malah pada keseluruhan muka
pontianak tersebut.
Pontianak C : Korang nampak tembok kat hujung sana tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err...tadi aku tak nampak...

 

 

@min

 

Tiada ulasan: