Rabu, 29 Julai 2015

Bagi mereka yang mengejar dunia

Kejayaan, pangkat, harta, nikmat, adalah kurniaan Allah, untuk menguji sama ada kita bersyukur atau ingkar kepadaNya.
(Az-Zumar 39: 49)
Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami,
Kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia
Berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana
Kepintaranku" Sebenarnya (harta dan kelebihan) itu adalah
ujian (yakini bukan diperolehi disebabkan kepintaran, tetapi
Ia dikurniakan Allah untuk , menguji usaha mereka) tetapi
Kebanyakan mereka tidak mengetahui.
(An –Nahl 16:53)
Dan segala nikmat yang ada padamu (harta, pangkat dan
Sebagainya), (semuanya datang) daripada Allah (bukan usaha kamu).
Sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Sulaiman
(An-Naml 27:40)
Ini (segala kekayaan yang aku miliki) semata-mata daripada kurniaan
Tuhanku (bukan kejayaan aku atau hasil usahaku). (Semua kurniaan
Ini bukan sebagai ukuran Allah sayang kepadaku tetapi) semata-mata
untuk mengujiku sama ada aku bersyukur atau ingkar kepadaNya

Tiada ulasan: