befikir ini memerlukan kudrat
berfikir memerlukan keberanian
berfikir ertinya bertanya
bertanya secara jujur pada diri sendiri
bertanya untuk mencari jawapan
malas berfikir
ertinya malas bertanya
malas bertanya pada diri sendiri
malas kerana takut pada jawapan yang ditemui
justeru menjadi pengikut
menjadi pembotot
menjadi pak turut
menjadi sebahagian dari yang ramai
adalah senang
lebih senang dari menjadi pemula
menjadi pemula dilihat kesaorangan
menjadi pemula dilihat tidak ramai
menjadi pemula menjemput kutukan
menjadi pemula menjadi ejekan
menjadi pemula menjadi pemikir
justeru
dunia ini ditemui oleh pemula!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan