Rabu, 30 September 2009

Kehebatan Buah Kurma

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:- 1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). 2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol. 3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium. 4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan. 5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim. 6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung. 7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as

 

 

Selasa, 29 September 2009

KERJA?

KERJA, KERJA, KERJA, TIADA APA YANG NAK DIBUAT MELAINKAN KERJA…. SO SELALULAH BEKERJA MOGA HIDUP MENJADI LEBIH SEJAHTERA..

 

 

@min

 

Jumaat, 18 September 2009

DIKEHENINGAN BAYU YANG MENYAPA, SELAMAT AIDILFITRI BUAT SEMUA

 

 

DIKESEMPATAN INI DAKU MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN JIKA KATA-KATAKU INI DAN SEBELUM  INI MENGGURIS HATI DAN PERASAAN KALIAN, DIKESEMPATAN INI JUGA DAKU INGIN MENGINGATKAN BUAT ANAK-ANAK PERANTAU, HATI-HATI DIJALAN RAYA, PANDU CERMAT INGAT ORG YANG TERSAYANG. BANYAKAN BERSABAR JANGAN TERGOPOH-GAPAH SEMASA DI JALAN RAYA.

 

SALAM AIDILFITI…

 

Best Regards,

MOHD AL-AMIN MAT SALLEH