Jumaat, 18 Januari 2008
game lawak
Khamis, 17 Januari 2008
28 Surah Amalan Yang Ditakuti Iblis
1. Surah Al Fatihah
2. Surah Al Baqarah ayat 1- 4
3. Ayat Qursi ditambah satu ayat sebelum dan dua ayat sesudahnya.
4. Surah Al Baqarah, ayat 284-286
5. Sural Al Imran ayat 1-9
6. Surah Al Imran ayat 18-19
7. Surah An Nisa’ ayat 115-121
8. Surah Al ‘Araf ayat 54-55
9.Surah Al Mukminun ayat 115-118
10. Surah Yaasin ayat 1-12
11. Surah As Saffat ayat 1-10
12. Surah Ghafir ayat 1-3
13. Surah Ar Rahman ayat 1-16
14. Surah Al Hasyr ayat 21-24
15. Surah Al Hadid ayat 1-16
16. Surah Al Jin ayat 1-3
17. Surah Al Zalzalah
18. Surah Al Qariah
19. Surah Al Humazah
20. Surah Al Fil
21. Surah Quraisy
22. Surah Al Kaafirun
23. Surah Al Lahab
24. Surah Al Ikhlas 3 kali
25. Surah Al Falaq 7 kali
26. Surah An Naas 3 kali
27. Surah Al ‘Araf ayat 117-122
28. Surah Yunus ayat 81-82
Dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah AL Baqarah di awal siang nescaya dia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya tau hartanya.”
(Riwayat Al Darami dan Bihaqi)
Dari Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang membaca 10 ayat, ayat-ayat surah AlBaqarah, ayat Qursi, 2 ayat selepas dan hujung surah Al Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi.”
(Riwayat Tabrani dan Hakim).
Selasa, 15 Januari 2008
Awal, Pertengahan & Penghujung
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa la shopping, buat habis duit jer.."
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "awak ni memang pemalas.."