Ahad, 28 Jun 2015

Rokok naik...

KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT MALAYSIA) akan menaikkan harga kesemua rokok keluarannya bermula esok, 29 Jun 2015.

"Harga terbaru ini mengambil kira GST. Syarikat telah menyerap cukai GST sejak ia dilancarkan pada 1 April 205", kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini, dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harga terbaru yang dikeluarkan adalah :

Dunhill - RM 13.80
Kent - RM 13.80
Benson & Hedges - RM 13.80
Peter Stuyvensant  - RM 12.30
Pall Mall - RM 12.30
Lucky Strike - RM 14.30

Ahad, 14 Jun 2015

Heh melayu!!!!! Lihat susurgalur kita, adakah kita melayu???

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia ,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi JaGa,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat, dan berbalah

harapkan hiburan, lagi hebat filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,

kau cuma tahu bergaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

Sabtu, 6 Jun 2015

Think is power

befikir ini memerlukan kudrat
berfikir memerlukan keberanian
berfikir ertinya bertanya
bertanya secara jujur pada diri sendiri
bertanya untuk mencari jawapan

malas berfikir 
ertinya malas bertanya 
malas bertanya pada diri sendiri
malas kerana takut pada jawapan yang ditemui

justeru menjadi pengikut
menjadi pembotot
menjadi pak turut
menjadi sebahagian dari yang ramai
adalah senang
lebih senang dari menjadi pemula

menjadi pemula dilihat kesaorangan
menjadi pemula dilihat tidak ramai
menjadi pemula menjemput kutukan
menjadi pemula menjadi ejekan
menjadi pemula menjadi pemikir

justeru
dunia ini ditemui oleh pemula!