Isnin, 27 Oktober 2014

Diari Ikhlas Seorang Suami Yang Pasti Menyentap Perasaan Para Isteri...

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00

..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik.

 

Cuba bayangkan kalau suami itu berGAJI  RM1000 sebulan?

 

GST: Yang maha kaya makin kaya Yang miskin terus menerus jadi papa kedana.

 

 

sumber

 

@MIN

 

Sabtu, 21 Jun 2014

Perodua Viva turun harga?? PENIPUAN TERANGCANG?

PERSOALAN...

   ADAKAH HARGA INI TURUN DISEBABKAN PENGURANGAN ASSOSERIS DIDALAM VIVA INI???

 

  ADAKAH HARGA VIVA INI TURUN DISEBABKAN TAHUN MANIFACTURING 2013 ATAU KEBAWAH, SUSUT NILAI KERETA INI TELAH MENURUN????

 

“ MICTUBISI MIGARE YEAR MANUFACTURING 2013 GAVE REBET RM6000..”, KATA PAKPANDIR..

 

 

DUNIA SEKARANG...

 

Bagi anda yang inginkan sebuah kereta yang ringkas, kecil dan harganya begitu berpatutan, ini ada berita baik buat anda.

Mulai hari ini, Perodua telah menurunkan harga atas jalan bagi model Viva. Di mana penurunannya mencecah sehingga RM5,300.

Bukan itu sahaja, sempena dengan penurunan harga ini, Perodua juga sangat berbesar hati untuk memberikan bonus tunai sebanyak RM800 untuk sesiapa yang menempah dan mendaftar model Viva di antara 17 Jun sehingga 31 Ogos 2014.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, selain daripada penurunan harga dan bonus tunai, para pelanggan juga berpeluang menikmati pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun (yang turut ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua).


Datuk Aminar juga menambah, “Penurunan harga ini dilakukan di atas inisiatif penjimatan kos yang diamalkan oleh Perodua sejak tahun 2011. Malah kami juga mahu Viva menjadi model dengan harga paling berpatutan seperti mana aspirasi kerajaan yang inginkan kenderaan sebegitu untuk rakyat Malaysia.”

Penurunan harga yang bermula pada hari ini melibatkan 181 bilik pameran Perodua di seluruh negara.

Jadi, apa tunggu lagi? Mahu kereta baharu (atau kereta kedua?) untuk Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi? Mungkin Viva ‘jodoh’ anda.-infokereta.com

 

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=15307

 

 

@MIN

 

Sabtu, 26 April 2014

CINTA KITA BERBEDA

LAGU SALEEM : CINTA KITA BERBEDA

 

Sudahlah sampai di sini

Tak usah diteruskan lagi

Andai dipaksakan hanya menyiksakan

Cinta luka

Kini aku pun merasa

sikapku TELAH berbeda

 

Berapa lama kurasakan

Sakit hatiku yang mendalam

Masih ku bertahan dalam kepedihan

bersendirian

Harus aku putuskan

Jangan sampai luka berpanjangan

 

**Lelah sudah mengikutimu

Tak pernah mengerti aku

Sebenarnya apa sebabnya

begitu sulit memahamimu

 

Selamat jalan wahai kekasihku

Cinta kita cukup sampai di sini

Selamat jalan pujaan hatiku

Ku tak mampu untuk mengejar INGINmu

Usah disesalkan dalam hati

Cinta kita berbeda

 

 

 

Prof. cinta

To my history..

Sabtu, 8 Februari 2014

PEMIKIRAN ASHABULKAFFI

ALIHKAN CEMKAMAN MINDA ANDA DARIPADA

 

1. BOM BALAI DI BM PENENG (PROPAGANDA: BURN OLD BUILT NEW?)

 

2. JDT KES YG PUKUL2 TU, ISU TAIB LETAK JAWATAN, ISU DARAH AYAM DISIMBAH DIPOSTER, ISU VIDEO TRESA KOK TU, ISU HANRGA BARANG (DIRANCANG UTK RUSUHAN KAUM? MELEDAKKAN SENTIMEN KAUM? SEKALIGUS MERANCANG UNTUK "MEGRAN" SEPERTI DI KELANTAN? DI JANGKAKAN AKAN DILAKSANAKAN DI PULAU PINANG @ SELANGOR? )

 

3.ISU PRK KAJANG, ISU MB SELANGOR, ISU AIR SELANGOR, ISU PKNS PEKERJA KONTRAK DIBUANG (MODEL DIRANCANG TELITI UNTUK MENAWAN MALAYSIA PRU14?)

 

KITA RAKYAT MARHAIN INI DI MADULKAN PEMIKIRAN MINDA OLEH GOLONGAN "TENTERA DAJJAL"....

 

BANGKITLAH WAHAI PEMIKIRAN ASHABULKAFFI....

 

 

 

http://www.youtube.com/watch?v=GnWdGf8ZtJg

 

 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

"BERKHIDMAT UNTUK ALLAH"

Jumaat, 10 Januari 2014

JANGKAAN EMAS SEHINGGA TAHUN 2020

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.

 

INI ADALAH HARGA EMAS YG DIJELMAKAN KE DALAM BENTUK GRAF SUPAYA KITA SAMA-SAMA MELIHAT GAMBARAN DARIPADA SEGENAP SUDUT.

 

JIKA DIKAJI SECARA MENDALAM, GRAF NORMAL SEPERTI TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEDIA MAKLUM.

 

DIJANGKAKAN PENURUNAN EMAS AKAN MENJUNAM SEHINGGA 2020.

 

 

 

GRAF 1.0 : GRAF MENUNJUKKAN PERGERAKAN HARGA EMAS DI MALAYSIA SEHINGGA TAHUN SEMASA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DATA DIAMBIL DARIPADA SUMBER BANK NEGARA MALAYSIA.

 

 

 

@PAKAR PROPAGANDA PAK PANDIR.