Isnin, 24 Disember 2012

SOLAT TANPA PAKAIAN?

Assalamualaikum,

 

1.       Situasi 1:

“Hidayah, jom kita singgah surau kejap untuk solat  Asar.  Waktu dah masuk nih…”  Nabilah menepuk lembut bahu Hidayah sambil matanya memandang ke arah surau berdekatan.

“Takpe, aku solat kat rumah jelah.  Aku tak bawa telekung.”  Balas Hidayah sambil memuncungkan bibirnya.

“Aku pun tak bawa telekung. Aku pakai pakaian ni je untuk bersolat. Alaa… kau pinjam je telekung kat surau tu…”Nabilah mencadangkan.

“Alaaaa, tak naklah. Telekung kat situ tak best. Ada bau. Aku tak boleh pakai pakaian aku ni untuk bersolat macam kau. Kau tengoklah tudung dan baju aku ni, nipis dan jarang…!" Jawab Hidayah sambil menggosok kain baju dan tudungnya dengan hujung jari.

 

2.       Sutiasi 2:

 

“Taufik, jom kita singgah surau kejap untuk solat  Asar.  Waktu dah masuk nih…”  Ahmad menepuk lembut bahu Taufik sambil matanya memandang ke arah surau berdekatan.

“Takpe, aku solat kat rumah jelah.  Seluar aku kotor.”  Balas Taufik.

3.       Ramai wanita dan lelaki tidak berasa yakin dengan pakaian yang mereka pakai untuk dijadikan sebagai pakaian untuk solat. Kerana apa?

 

4.       Buat wanita yang berpakaian menutup aurat secara sempurna, kalian sudah boleh mengerjakan solat dengan pakaian tersebut. Tidak perlu telekung lagi.

 

5.       Buat lelaki yang berpakaian menutup aurat secara sempurna, kalian sudah boleh mengerjakan solat dengan pakaian tersebut walaupun tanpa kain pelikat, kupiah, songkok dan serban.