Rabu, 26 Mac 2008

tegas, adil, berhemah

PDRM menukarkan cogan kata pasukan mereka dengan cogan kata yang baru namun apa yang perlu di lakukan oleh ketua polis negara bukan lah sekadar cogan kata di ubah tetapi yang perli di ubah ialah sistem PDRM yang mementingkan sebelah pihak sahaja, dah PDRM seharusnya bekerja dengan jujur dah ikhlas untuk menjaga kepentingan rakyat bukannya kepentingan sesetengah golongan sahaja.

perlu di ingatkan bahawa PDRM di tugaskan menjaga keamanan dalam negara. PDRM juga seharusnya bebes dari terlibat dalam politik dan di pergunakan oleh orang perseorangan atau parti politik. PDRM juga perlu bersikap terbuka dan menjadikan agenda keselamat rakyat adalah agenda terpenting bg PDRM bukannya menghalang rakyat dari segenap segi seperti mutakir ini.

mesra, cekap, betul
mesra = kes guna peluru hidup di batu buruk
cekap = banyak kes melibatkan pemimpin negara tidak selesai.
betul = berat sebelah, ikut telunjuk dan lurus bendul demi wang(ketua polis negara)

tegas, adil, berhemah
tegas = untuk siapa?
adil = betul ke atau saja nak menaja cogan kata sahaja
berhemah= hemah ni mcm mana?

Sabtu, 22 Mac 2008

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI

Seorang professor fizik di Amerika
Syarikat telah membuat satu kajian
tentang kelebihan solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas
elektrik iatu cas positif dan cas
negatif. Dalam aktiviti harian kita sama
ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga
digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak
berlaku pertukaran cas positif
dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu
setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan
kesegaran tubuh ke tahap
normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda professor
ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemah dan mengapa solat lima
waktu yang didirikan orang Islam
mempunyai bilangan rakaat yang tidak
sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan
rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf,
bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa
solat
berjemaah itu mempunyai berbagai
kelebihan. Kajian sains mendapati
sentuhan yang berlaku antara tubuh kita
dengan tubuh ahli jemaah lain
yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas
yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku
apabila cas yang berlebihan -
sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam
tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita
bangun dari tidur, badan kita akan
merasa segar dan sihat setelah berehat
berapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif
yang hampir seimbang. Oleh itu,
kita hanya memerlukan sedikit lagi
proses pertukaran cas agar
keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab
itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja
kuat dan memerah otak semua cas
ini kembali tidak stabil akibat
kehilangan cas lebih banyak daripada
tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih
banyak pertukaran cas. Solat
jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan
cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat
Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses
pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di
sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi
kita kehilangan cas yang banyak. Seperti
mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan
memberikan ruang kepada proses
pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang
dari kerja kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak
menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah
lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yng kurang berbanding 2 waktu
sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor
itu tentang solat Isyak yang
mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada
waktu malam kita tidak banyak
melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran
cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar
mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat
Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta
memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail) .

Rabu, 19 Mac 2008

salam maulid nabi SAW

selawat dan salam buat junjungan besar kita serta keluarga dan sahabat baginda.
moga kita semua selamat dunia akhirat.

dalam kesibukan, lupa segalanya

hari demi hari malaysia dilanda dengan kesibukkan pentadbiran, namun adakah rakyat malaysia lupa akan kes adik sharlinie dan kes V. K. lingam?
mana hilingnya berita ini, di tv dan semua media membisu tanpa apa-apa berita mengenainya. pihak berwajib masih tidak dapat menjejaki kes adik ini.

media hari ini dah menjadi tren meninbulkan suatu isu, setelah itu hilang, timbul isu yang baru, hilang, naik isu yang baru, hilang...

jalan penyelesaian tidak pernah di capai.

moga Tuhan membantu pejuang-pejuang agama.

Sabtu, 8 Mac 2008

selamat menunaukan fardu mengundi

semoga semua rakyat malaysia membuat pilihan yang tepat,

sebelum undi niat dlm hati " sahaja aku ikut BN, pangkah PAS, kerana KEADILAN"

selamat mengundi..

Jumaat, 7 Mac 2008

peringataan kepada penggundi yang diguna-gunakan oleh BN

anda masing-masing di anugerahkan otak dan akal untuk berfikir secara waras, jangan hanya kerana tamakan duit maruah anda tergadai. bagi pengundi hantu sekalian, bapak segala hantu berpesan agar kamu semua wahai hantu-hantu sekalian mengundi parti islam. kelak kamu semua wahai hantu-hantu akan disayangi oleh hantu yang telah menjadi roh atas rahmat Ilahi.

hantu-hantu sekalian jangan lah kamu semua mengikuti jejak langkah syaitan.


vote for PAS.

from,
bapak hantu.