Pendidikan sex:
Pada asasnya pendidikan ini telah wujud terlebih dahulu sebelum kewujudan sekolah-sekolah di Malaysia. Kenapa pendidikan ini sukar diterima pada hemat orang melayu? Adalah kerana orang melayu dikatakan orang yang amat pemalu dan mementingkan budi pekerti nurani yang mulia, perkara-perkara yang berlaku diantara suami dan isteri tidak didedahkan sama sekali kepada anak-anak mereka. Justeru, masyarakat melayu memandang perkara ini tidak sewajarnya di dedahkan oleh anak-anak pada peringkat sekolah rendah.
Sesetengah pihak ada berpendapat bahawa, pendidikan ini hendaklah di ajar kepada remaja bagi membanteras gejala hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan yang akan mengakibatkan gejala pembuangan bayi hasil daripada penzinaan antara jantina.
Pendidikan sejarah:
Sejarah mengajar kita erti jatidiri dan sejarah yang baik dijadikan tauladan serta sejarah yang buruk di jadikan sempadan.
Sejarah berkenaan dengan peristiwa 13 mei sepatutnya diajar disekolah, samaada disekolah menengah atau sekolah rendah.
Sejarah ini akan menjadi sempadan bagi masyarakat melayu khasnya serta masyarakat Malaysia amnya.
Kenapa kita mementingkan pendidikan sex daripada pendidikan sejarah 13 mei untuk diajarkan di sekolah?
Adakah kita termakan dengan agenda barat?
Apakah kita sudah tiada lagi norma-norma masyarakat timur?
Tepuk dada, Tanya iman.
Kemana kita selepas mati?
PAKAR JENAYAH CINTA,
~BlaCk~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan